Memacu budaya kecemerlangan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda

Komitmen untuk membawa perubahan dalam lanskap pembangunan Malaysia bermula dengan visi yang jelas dari peringkat teratas. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang mendalam, barisan kepimpinan kami bertekad untuk memenuhi keperluan anda dengan sebaik mungkin. Ketahui lebih lanjut mengenai individu-individu yang menerajui operasi kami.

Jawatankuasa Shariah

Ahli Jawatankuasa Shariah kami adalah anggota akademik berpengaruh yang memainkan peranan penting untuk memberi panduan dan memastikan pematuhan prinsip shariah dalam pelaksanaan aktiviti kewangan kami.

Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan

Barisan eksekutif kami mencerminkan budaya prestasi tinggi serta membentuk nilai dan budaya di Bank Pembangunan. Mereka memupuk pemikiran berwawasan, pertumbuhan strategik, dan semangat kecemerlangan dalam operasi harian kami, sambil menggalakkan nilai kreativiti dan inovasi.