Skim MADANI
(sebelum ini dikenali sebagai Skim Pembangunan Nasional)

Pembiayaan untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Skim Maritim, Logistik & Pengangkutan

Skim Transformasi
Digitalisasi Industri

Skim Pembiayaan
Pembangunan Mampan

Skim Infrastruktur
Pelancongan

Skim Modal
Kerja

Skim MADANI menyediakan pembiayaan kepada syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang focus kepada 3 tema utama iaitu mejana semula ekonomi, memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti serta melonjakan kemampanan.

natioanl-sub-img

Saiz Dana

RM 2.0 Bilion

(Sejumlah RM 500 juta diperuntukkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera meliputi semua skim)

Tujuan & Tempoh Pembiayaan

Perbelanjaan Modal "Capital Expenditure (CAPEX)"

Sehingga 20 tahun

Perbelanjaan Operasi "Operating Expenditure (OPEX)"

Sehingga 5 tahun

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan sehingga RM 100 juta*

*Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Permohonan pembiayaan yang melebihi jumlah maksimum boleh dipertimbangkan berdasarkan kes ke kes. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB

Kadar Pembiayaan

Projek Kerajaan*

Kos Dana (COF) + Margin – Subsidi 1.5% setahun

Projek Komersial*

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Margin – Subsidi 1.5% setahun

Jaminan kewangan

Yuran Jaminan – Subsidi 1.5% setahun

*Kadar efektif adalah berdasarkan penilaian kredit oleh pihak BPMB. Kadar muktamad yang diluluskan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada budi bicara BPMB.

  • Rakan kongsi, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi.
  • Didaftarkan dan ditubuhkan di Malaysia.
  • Majoriti 51% pemilikan oleh rakyat Malaysia.
  • Projek atau aktiviti-aktiviti yang menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang memfokuskan kepada 3 tema utama:
    1. Menjana semula ekonomi
    2. Memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan keterangkuman
    3. Melonjakan Kemampanan
  • Menyokong 17 Anjakan Besar "Big Bold" untuk memangkin pembangunan sosioekonomi melalui 3 tema utama seperti:
    Memperkukuh Kemampanan Membangunkan Masyarakat Sejahtera Mencapai Negara Berpendapatan Tinggi
    Kemampanan fiskal dan sistem kewangan Pembudayaan masyarakat MADANI Industri HGHV berasaskan digital dan teknologi (kecuali yang layak di bawah Skim Transformasi Pendigitalan Industri BPMB)
    Industri HGHV berdasarkan peralihan tenaga Reformasi perlindungan sosial Industri E&E HGHV bernilai tinggi
    Subsidi bersasar Perumahan untuk Rakyat HGHV pertanian dan industri asas
      Pengkukuhan perkhidmatan kesihatan Pemerkasakan PMKS dan perusahaan sosial
      Pengkukuhan keselamatan dan pertahanan negara Pengukuhan jaringan pengangkutan awam
  • Pembiayaan Berjangka/Bertempoh
  • Kemudahan Pusingan
  • Jaminan kewangan sebagai sebahagian daripada peningkatan kredit untuk terbitan sukuk / bon
  • Skim boleh dibentuk untuk susunan sindikasi/perjanjian klub
  • Sehingga 80% daripada jumlah kos projek*
    *Nota : Semua permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan polisi BPMB. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara BPMB.
  • 1.5% per tahun
  • 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025

Berminat dengan Skim MADANI?